close

Beruntunglah diciptakan Sebagai Wanita Islam

By  

Oleh: Moel Andre

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya

Bagi wanita bacalah dan lihatlah sendiri di mana Allah tempatkan darjat anda sebagai hamba yang disayangi. Janganlah kita salah gunakan!

Ingatlah akan kebesaran-Nya, Allah itu Maha Adil. Jadi sayangilah mereka seadanya, ingatilah dan ingatkan mereka, nasihatilah mereka, kasihanilah, janganlah kita tempatkan mereka (lelaki) di tempat yang dimurkai Allah (bukan semua lelaki yang tidak bertanggungjawab)

Kaum wanita ingatlah dalam diri anda dikurniakan dengan 1 akal dan 9 nafsu yang boleh dijadikan anda lupa diri, ria, dengki, hilang sabar, marah, malas, hati kurang bersih, mengumpat, mudah terpengaruh dan sebagainya.

Coba perhatikan sedikit perihal berkaitan dengan keistimewaan wanita diciptakan 9 nafsu 1 akal.

Fungsi akal ialah memberi pertimbangan, pendapat atau memilih sesuatu. Biasanya akal menjadi lemah atau hilang pertimbangan jika menghadapi tekanan perasaan.

Di sini wanita lebih banyak menggunakan perasaan dan emosinya berbanding lelaki. Manakala lelaki banyak menggunakan akal daripada perasaan. Ini semua kerana fitrah, wanita diberi tugas biologi yang berbeda seperti mengandung, menyusui, memelihara anak dan tugas-tugas lain yang lebih memerlukan emosi dan perasaan.

Perasaan dan emosi mempunyai nilai yang tinggi dan amat diperlukan sekali untuk mewujudkan kasih sayang sedangkan akal mengalahkan perasaan dan kasih sayang. Selalunya apabila seorang bapa memarahi dan memukul anaknya, si ibulah yang menenangkan kembali si anak dengan belaian kasih sayang.

Kekurangan akal bagi wanita bukanlah ianya tercela kerana kekurangan ini memang fitrah Ilahi, malah ia adalah kelebihan wanita dan yang patut di banggakan oleh wanita dengan fitrah femininnya.

Wanita juga kurang agamanya yang Allah melonggarkan hak kewajipan agama keatasnya misalnya wanita tidak perlu solat dan puasa semasa haidh dan nifas tidak wajib Juma’at dan berjama’ah di masjid dan tidak wajib ke medan jihad.

Kekurangan kewajipan agama bagi wanita bukanlah berarti wanita kurang pahala atau merendahkan taraf wanita. Masing-masing mendapat ganjaran pahala sesuai dengan tugas dan fitrah kejadian mereka.

Firman Allah: Bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; dan bagi wanita ada bahagian drpada apa yang mereka usahakan. (maksud: an Nisaa’:32)

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke dalam neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita.

1. Ayahnya

Jika seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajarkan shalat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dangan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

Duhai lelaki yg bergelar Ayah, bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang? Apakah kau mengajar shalat dan shaum (puasa) padanya? Menutup aurat? Pengetahuan agama? Jika tidak terpenuhi, maka bersedialah untuk menjadi bagian dari Neraka.

2. Suaminya

Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas. Membiarkan istri berhias diri untuk lelaki yang bukan mahramnya.

Jika suami mendiam istri yang seperti itu walaupun suami adalah orang yang alim, suami adalah shalatnya yang tidak pernah bolong, suami adalah yang shaumnya tidak pernah lalai. Maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam Neraka.

Duhai lelaki yang bergelar Suami, bagaimanakah keadaan istri tercinta sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau jaga mengikuti ketetapan Islam, maka terimalah keniscayaan yang kau akan sehidup semati bersamanya hingga Neraka.

3. Saudara Lelakinya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga kehormatan wanita jatuh pada saudara lelakinya (kakak, paman). Jika mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik atau keponakannya dibiarkan dari ajaran Islam, maka tunggulah tarikan mereka di akhirat kelak.

Duhai lelaki yg mempunyai saudara perempuan, jangan hanya menjaga amalmu dan melupakan amanah yang lain. Karena kau juga akan pertanggungjawabkan diakhirat kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak laki-laki tidak menasehati Ibunya perihal kelakuan yang tidak dibenarkan dalam Islam. Bila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, memfitnah, mengunjing, maka anak itu akan ditanya dan dimintai pertanggungjawaban di akhirat kelak. Dan bersama menemani ibunya di Neraka.

Duhai anak lelaki, sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika bersalah atau lalai. Karena ibu juga insan biasa, tak lepas dari melakukan dosa. Selamatkanlah dia dari ancaman neraka, jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi teman di dalamnya. 

ADVERTISEMENT
Toko Sisi

About Toko Sisi

Sabar dan tahan uji, serta penuh harap (optimisme) terhadap pertolongan Allah seperti dipesankan Khalifah Umar haruslah menjadi keyakinan kaum beriman. Dalam Alquran ditemukan banyak ayat yang menjanjikan kemudahan di balik kesulitan.

Subscribe to this Blog via Email :